Blogger Widgets SIRATAN MAKANAN: Siratan Makanan ( Tahun 5 )

Monday, 14 May 2012

Siratan Makanan ( Tahun 5 )

1.   Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh 
     sejenis hidupan sahaja.Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk 
     membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.

Contoh siratan makanan.
Habitat : Sawah padi


2.   Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan  :
      a.)    Pokok padi  -  burung pipit  -  ular  -  helang
      b.)    Pokok padi  -  tikus  -  ular  -  helang
      c.)    Pokok padi  -  belalang  -  burung pipit  -  ular  -  helang
      d.)    Pokok padi  -  tikus  -  helang
      e.)    Pokok padi  -  tikus  -  ular  -  helang
      f.)     Pokok padi  -  belalang  -  ayam  -  ular  -  helang

3.   Kepentingan siratan makanan
      i.)    Memastikan kemandirian spesies jika sesuatu haiwan hanya   
             memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah 
             habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.
     ii.)    Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber
    iii.)    Terdapat saling prgantungan di antara pelbagai hidupan dalam 
             siratan makanan
     iv.)    Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan 
            terganggu, bilangan hidupan dalam makanan akan berubah.


11 comments: